KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dianggarkan tumbuh sebanyak 3.4 peratus pada suku keempat 2023, menunjukkan sedikit peningkatan daripada 3.3 peratus pada suku tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, secara khususnya, sektor perkhidmatan terus mengekalkan kedudukan sebagai pendorong utama prestasi ekonomi pada tempoh berkenaan, dengan pertumbuhan positif direkodkan di semua sektor lain.
Bagi prestasi indikator ekonomi bulanan, Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia, yang mengukur output sebenar dalam sektor pembuatan, perlombongan dan elektrik mencatatkan peningkatan 0.6 peratus tahun ke tahun pada November 2023.
Peningkatan marginal ini disokong oleh kenaikan dalam sektor perlombongan sebanyak 1.9 peratus, dan sektor elektrik pada 4.2 peratus.
"Bagaimanapun, sektor pembuatan mengalami penyusutan dengan mencatatkan negatif 0.1 peratus selepas dua bulan berturut-turut merekodkan pertumbuhan positif," katanya dalam kenyataan bersempena dengan Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) Siri 1/2024 yang diterbitkan hari ini.
Dari segi nilai jualan, Mohd Uzir berkata jualan sektor pembuatan turun 2.6 peratus tahun ke tahun pada November 2023 kepada RM155.0 bilion, terutamanya disebabkan oleh penyusutan ketara dalam subsektor produk petroleum, kimia, getah dan plastik sebanyak 10.8 peratus; dan subsektor peralatan elektrik dan elektronik yang merosot 5.3 peratus.
Dalam sektor perdagangan borong dan runcit, nilai jualan November 2023 merekodkan RM142.6 bilion, meningkat 6.2 peratus tahun ke tahun.
Beliau berkata pertumbuhan kukuh tersebut didorong terutamanya oleh subsektor perdagangan borong, yang meningkat 6.2 peratus atau RM3.7 bilion kepada RM63.2 bilion.
"Ini diikuti oleh perdagangan runcit dan kenderaan bermotor dengan masing-masing mencatat pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus (+RM2.6 bilion) dan 12.7 peratus (+RM2.0 bilion)," katanya.
Sementara itu, kadar inflasi kekal pada 1.5 peratus pada Disember 2023.
Dari segi perdagangan, jumlah dagangan Malaysia menyusut 2.4 peratus daripada RM237.6 bilion pada November 2022 kepada RM231.8 bilion.
Eksport turun 5.9 peratus kepada RM122.1 bilion, manakala import meningkat 1.7 peratus kepada RM109.7 bilion, iaitu peningkatan tahunan untuk pertama kalinya sejak Februari 2023.
Imbangan dagangan kekal dalam lebihan sebanyak RM12.4 bilion, menyusut 43.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Pada Disember 2023, jumlah dagangan adalah RM225.1 bilion, dengan eksport berjumlah RM118.5 bilion dan import merekodkan RM106.7 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024
Jumlah dagangan Malaysia menyusut 2.4 peratus daripada RM237.6 bilion pada November 2022 kepada RM231.8 bilion. - Gambar hiasan
Korban banjir lahar dingin di Indonesia terus meningkat, 35 masih hilang
Angka kematian akibat banjir lahar dingin di wilayah Sumatera Barat di Indonesia telah meningkat kepada 58 orang.
Lelaki ditahan kerana tolak 2 individu ke landasan kereta api di Jepun
Seorang lelaki telah ditahan pada Rabu kerana didakwa menolak dua orang ke landasan kereta api di sebuah stesen di Kawasaki yang berhampiran dengan Tokyo.
Konsortium diteraju Khazanah dan KWSP tiada rancangan berhentikan pekerja MAHB
Kosnosrtium diterajui Khazanah dan KWSP mengesahkan tidak ada sebarang rancangan memberhentikan pekerja susulan langkah menjadikan MAHB syarikat persendirian.
Niaga AWANI: Kadar inflasi di Argentina melonjak hampir 290 peratus
Kadar inflasi tahunan di Argentina meningkat kepada 289.4 peratus harga di negara tersebut meningkat 8.8 peratus pada April.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Rumah bawah RM300 ribu paling banyak dilancar pada suku pertama
Harga kediaman baharu di bawah RM300 ribu catat peningkatan pada suku pertama 2024 apabila merekodkan jumlah paling banyak dilancarkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Syarikat gergasi EV dari China lancar model baharu di Mexico
Pengeluar kenderaan jenama BYD dari China berkata, syarikat itu tidak pernah mengintai peluang memperluaskan pasarannya ke Amerika Syarikat. Ia dibuktikan apabila syarikat itu melancarkan Shark, sebuah trak pikap elektrik hibrid bersaiz sederhana, di Mexico.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Rusia sasar untuk jadi antara empat ekonomi terbesar dunia - Putin
Matlamat itu ditekankan Putin dalam ucapannya di Perhimpunan Persekutuan Rusia pada Februari 2024.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Penyiapan HSR Singapura-KL antara tugas Perdana Menteri baharu Lawrence Wong
Wong dijangka mengutamakan perjanjian dan inisiatif sedia ada serta melonjakkannya ke tahap lebih tinggi seperti pembangunan JS-SEZ.
Jemaah Menteri Malaysia rakam ucapan tahniah kepada Lawrence Wong
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata ucapan itu antara intipati mesyuarat Kabinet dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Putrajaya pada Rabu.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.
Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia, beli RM11.5 juta ekuiti minggu lepas - MIDF
Bursa Malaysia menyaksikan kehadiran semula dana asing pada minggu lepas dengan pembelian bersih ke atas ekuiti tempatan bernilai RM11.5 juta.